Sunday, 14 December 2014

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang akan menjadi insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia.

BUDAYA SEKOLAH SKSS

Sayangkan sekolah.
Pembelajaran sepanjang hayat.
Kebersihan dan keceriaan.
Tekun dan rajin berusaha ke arah kejayaan.
Berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kokurikulum.
Keselamatan.

LAGU SEKOLAH SKSS

Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
Tersergam indah di puncak bukit
Kami sayang padamu
Kami bangga denganmu
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh

Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
Menjana minda setiap pelajar
Berakhlak mulia
Berilmu tinggi
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKSS

Sejak tahun 1963, berikutlah senarai guru besar yang telah berkhidmat di SK Sungai Saeh:
1963 – 1965             : Tom Bujang
1966 – 1968             : Anthony Layang
1969                         : Henry Barnes
1970 – 1972             : Jeffry Kiai
1973                         : Awang Rani
1974 – 1976             : Mathew Engkuang
1977 -  1978             : Lucas Kallang
1979 – 1984             : Mawan Giri
1984 – 1996             : Raymond Kechendai
1998                         : Edmond Sikop
1999 – 2002             : Mohd. Sepian Abg. Daud
2002 - 2012             : Sulfii Mohd. Taha
2013 - 2014             : Ahmad bin Hj Taip 
2015                        : Mansor bin Mahali



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAEH

SK SUNGAI SAEH merupakan sekolah yang pertama di buka atau ditubuhkan di kawasan Saeh. Sekolah ini dibina pada tahun 1962 dan dibuka untuk kemasukan pelajar pada tahun 1963. Bangunan pertama sekolah ini dibina di tebing sungai Saeh putih, di belakang Rh. Ayai Ak Sawing sekarang ini.Oleh kerana sering di tenggelami air apabila musim tengkujuh maka pada tahun 1984 ianya dipindahkan ke tapak baru, di atas bukit Aping seperti yang terdapat pada masa kini.
          Di awal pembukaannya sekolah ini mempunyai bilangan murid yang agak ramai berbanding sekarang, iaitu sekitar 40 ke 50 orang pelajar, kerana anak-anak penduduk rumah panjang sekitar Saeh bertumpu ke sekolah ini. Namun demikian selang beberapa tahun pembukaan sekolah baru iaitu di hilirnya Sk Rh. Mentali manakala di hulunya Sk Rh. Undi menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini mula berkurangan.
           Suatu ketika dahulu sekolah ini hanya boleh didatangi melalui sungai, iaitu dari pekan Sepupok menggunakan bot meredah sungai Niah dan masuk ke sungai Saeh mengambil masa dalam sejam jika air pasang atau bah, tetapi sekiranya kemarau atau air surut perjalanan ke sini mengambil masa dalam dua ke dua setengah jam kerana sebaik sahaja masuk sungai Saeh, ada kalanya penumpang yang terpaksa terjun ke sungai yang airnya cetek untuk menarik bot ataupun berjalan kaki meredah denai melalui tebingan sungai Saeh.

           Namun sekarang, sejak tahun 2007 perjalanan ke sini lebih mudah kerana adanya jalan raya yang dibina selaras dengan arus pembangunan walaupun jalan tersebut belum cukup sempurna tetapi jauh lebih selesa berbanding menggunakan bot dahulu.