Melahirkan pelajar yang akan menjadi insan dan
warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan
nilai-nilai murni rakyat Malaysia.
Sunday, 14 December 2014
BUDAYA SEKOLAH SKSS
Sayangkan sekolah.
Pembelajaran sepanjang hayat.
Kebersihan dan keceriaan.
Tekun dan rajin berusaha ke arah kejayaan.
Berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kokurikulum.
Keselamatan.
LAGU SEKOLAH SKSS
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
Tersergam indah di puncak bukit
Kami sayang padamu
Kami bangga denganmu
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
Menjana minda setiap pelajar
Berakhlak mulia
Berilmu tinggi
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKSS
Sejak tahun 1963, berikutlah senarai guru besar yang
telah berkhidmat di SK Sungai Saeh:
1963 – 1965 :
Tom Bujang
1966 – 1968 :
Anthony Layang
1969 :
Henry Barnes
1970 – 1972 :
Jeffry Kiai
1973 :
Awang Rani
1974 – 1976 :
Mathew Engkuang
1977 - 1978 : Lucas Kallang
1979 – 1984 :
Mawan Giri
1984 – 1996 :
Raymond Kechendai
1998 : Edmond Sikop
1999 – 2002 :
Mohd. Sepian Abg. Daud
2002 - 2012
: Sulfii Mohd. Taha
2013 - 2014 : Ahmad bin Hj Taip
2015 : Mansor bin Mahali
2015 : Mansor bin Mahali
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAEH
SK SUNGAI SAEH merupakan sekolah yang pertama di buka
atau ditubuhkan di kawasan Saeh. Sekolah ini dibina pada tahun 1962 dan dibuka
untuk kemasukan pelajar pada tahun 1963. Bangunan pertama sekolah ini dibina di
tebing sungai Saeh putih, di belakang Rh. Ayai Ak Sawing sekarang ini.Oleh
kerana sering di tenggelami air apabila musim tengkujuh maka pada tahun 1984
ianya dipindahkan ke tapak baru, di atas bukit Aping seperti yang terdapat pada
masa kini.
Di awal
pembukaannya sekolah ini mempunyai bilangan murid yang agak ramai berbanding
sekarang, iaitu sekitar 40 ke 50 orang pelajar, kerana anak-anak penduduk rumah
panjang sekitar Saeh bertumpu ke sekolah ini. Namun demikian selang beberapa
tahun pembukaan sekolah baru iaitu di hilirnya Sk Rh. Mentali manakala di
hulunya Sk Rh. Undi menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini mula berkurangan.
Suatu
ketika dahulu sekolah ini hanya boleh didatangi melalui sungai, iaitu dari
pekan Sepupok menggunakan bot meredah sungai Niah dan masuk ke sungai Saeh
mengambil masa dalam sejam jika air pasang atau bah, tetapi sekiranya kemarau
atau air surut perjalanan ke sini mengambil masa dalam dua ke dua setengah jam
kerana sebaik sahaja masuk sungai Saeh, ada kalanya penumpang yang terpaksa terjun
ke sungai yang airnya cetek untuk menarik bot ataupun berjalan kaki meredah
denai melalui tebingan sungai Saeh.
Namun
sekarang, sejak tahun 2007 perjalanan ke sini lebih mudah kerana adanya jalan
raya yang dibina selaras dengan arus pembangunan walaupun jalan tersebut belum
cukup sempurna tetapi jauh lebih selesa berbanding menggunakan bot dahulu.
Tuesday, 21 October 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)
